23 Jun 2013

Pandangan Saya Tentang Alza, 10 Yang Saya Suka & Tidak Suka



Setelah lebih 1 tahun dan lebih 42000km saya bertukar dari Proton Wira Aeroback 1.3 Manual ke Perodua Alza 1.5 Automatik, berikut adalah 10 perkara yang saya suka dan kurang suka tentang Perodua Alza.

10 perkara yang saya suka tentang Alza


  1. Ruang penumpang yang selesa, walaupun untuk 7 orang, dengan syarat tidak banyak barang dibawa. Dalam masa yang agak singkat juga, barisan ketiga juga dapat menerima air-cond, walaupun tiada air-cond vent selain pada dashboard.
  2. Ruang barang yang cukup besar, jika kerusi barisan ketiga dilipat. Amat sesuai untuk yang selalu mengangkut barangan seperti peniaga kecil. Bahkan, ketika saya memindahkan barangan dari kedai ke rumah, saya hanya menggunakan Alza sahaja, dengan melipatkan kerusi barisan kedua dan ketiga, tapi dalam beberapa kali perjalanan la :p.
  3. Ruang duduk 'tambahan' untuk versi auto. Walaupun dalam buku manual, ruangan ini tidak dipanggil ruang duduk, anak saya amat menyukai ruang ini untuk baring atau duduk di antara saya dan isteri saya.
  4. Penggunaan petrol yang munasabah. Tidak jauh berbeza dengan penggunaan petrol ketika saya menggunakan Wira. Berdasarkan pengiraan pada meter Alza, Alza menggunakan 6.5 - 7.5 liter petrol per 100km sahaja.
  5. Meter penunjuk jarak perjalanan yang boleh dilalui dengan baki petrol yang ada. Meter ini memudahkan kita mengagak adakah kita perlu mengisi petrol atau masih boleh menangguhkannya.
  6. Kuasa enjin mencukupi untuk memecut. Walaupun dengan badannya yang agak besar, Alza mampu memecut dengan lancar, sekiranya kita pijak semahu-mahunya. Tapi jangan la banding dengan kereta kecil berkuasa turbo atau kereta berprestasi tinggi yang berkuasa lebih besar :p.
  7. Radius pusingan yang cukup kecil untuk MPV. Mudah untuk buat U-turn. Ini ciri yang paling saya perlukan kerana saya selalu terlepas simpang ketika keluar di tempat yang saya kurang biasa.
  8. Sistem suspension yang seimbang antara keselesaan dan pemanduan. Selalu saya tidak merasakan saya memandu sebuah kenderaan yang besar. Bahkan saya rasa, memandu Alza di selekoh lebih meyakinkan daripada Wira Aeroback dulu.
    * Kedua-dua sistem suspensi tidak diubahsuai ;)
  9. Pencahayaan lampu depan yang cukup cerah.
  10. Kerusi barisan kedua boleh ditolak ke hadapan atau ke belakang untuk menyeimbangkan keselesaan penumpang barisan kedua dan ketiga.

10 perkara yang saya kurang suka tentang Alza:


  1. A Pillar tebal, saya perlu lebih berhati-hati kerana blindspot kanan hadapan akibat terlindung dengan 'tiang' depan agak besar, terutamanya motorsikal atau kereta Kancil.
  2. Tiada penutup ruangan barang. Orang yang lalu lalang di tepi dan belakang Alza, boleh nampak segala barangan dalam ruang barangan kita :(
  3. Signal mudah terpadam semasa di roundabout.
  4. Tempat letak air di pintu depan terlalu rendah, agak sukar untuk capai botol/gelas tanpa alihkan perhatian daripada pemanduan.
  5. Kerusi barisan ketiga hanya boleh dilipat sepenuhnya, kalau boleh lipat separuh, separuh lagi boleh dibiarkan untuk penumpang, lebih menarik. Macam Exora?
  6. Ruang barangan terbatas sekiranya membawa 7 penumpang.
  7. Armrest hadapan untuk versi automatik, lebih elok diletakkan ruang letak air atau handphone.
  8. Sekiranya charge handphone, terpaksa biar glovebox terbuka, kerana tiada tempat letak handphone yang sesuai.
  9. Meter di tengah dashboard, lebih memerlukan mata beralih dari jalanraya.
  10. Lampu kabin hadapan, tidak akan terpadam sendiri, boleh menghisap bateri anda sekiranya terlupa.
  11. Posisi 'default' penyandar kerusi barisan kedua terlalu tegak. Perlu diselaraskan setiap kali penyandar kerusi dilipat ke hadapan.
Selain itu, berdasarkan pengalaman saya, saya amat menggalakkan supaya menghantar Alza ke Pusat Servis Perodua supaya waranti Alza anda tidak terbatal. Ini disebabkan Alza saya telah mengalami beberapa kerosakan, iaitu power window kiri belakang berbunyi pelik, motor wiper hadapan rosak dan juga kerosakan pada gearbox. Walau bagaimanapun, semuanya telah diganti kerana masih dilindungi waranti.

Namun, secara keseluruhannya, saya merasakan Alza adalah kenderaan yang amat praktikal dan pelbagai guna. Kuasa dan prestasi juga seimbang dengan penjimatan petrol. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan saya amat BERPUAS HATI dengan Alza saya. :)

9 Jun 2013

Mencuba mobile blog post

Sambil saya menikmati mempelam yang sedap, dibawa khas dari Ipoh, saya akhirnya berkesempatan mencuba apps untuk android, mobile blog post.

Secara amnya, apps ini mudah digunakan dan amat sesuai untuk blogger yang terlalu sibuk. Walau bagaimanapun, untuk saya yang belum cekap menaip menggunakan android screen keyboard, saya kerap berdampingan dengan back keypad.