30 Januari 2017

BateriKu Dot Com

Dan akhirnya, pada ketika cuti Tahun Baru Cina, berlanjutan melebihi tiga hari, bateri Alzaku menjadi lemah menanti 'kong'.

Nasib baik teringat ada BateriKu Dot Com (www.facebook.com/bateriku). Terus saya Whatsapp nombor telefon yang terpapar, dan mereka bekerja hari ni.

Setelah selesai sesi soaljawab menerusi Whatsapp dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, saya pun setujulah untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Tepat pada jam yang dijanjikan, kelihatan van hijau mereka telah berhenti di depan pagar. Encik Ayie, wakil BateriKu yang datang itu, terlebih dahulu memperkenalkan diri dan seterusnya membuat pemeriksaan ke atas bateri yang lama. Entah apa terms atau perkataan yang digunakan (saya dah lupa hahaha), bateri yang berumur hampir 2 tahun itu memang perlu ditukar.

Selepas ditukar kepada bateri baru, Encik Ayie membuat pemeriksaan sekali lagi ke atas bateri, dan alternator. Bateri baru ini juga mempunyai waranti.

Komen saya? Amat berpuas hati!

29 Januari 2017

EziBox Poslaju

Pernah dengar EziBox? Tak pernah?

Pernah tak Poslaju cuba hantar barang, tapi kita tiada di rumah?

Pernah tak kita kena ambil cuti separuh hari, atau kelam kabut terkejar-kejar ke Pejabat Poslaju untuk ambil parcel yang gagal dihantar kepada kita? Pernah kan.

Kini Poslaju ada EziBox. Satu locker, yang menyimpan barangan yang gagal dihantar, dan boleh diakses 24 jam. Jadi kita boleh ambil barang kita tu, selepas solat Maghrib. Tak perlu terkejar-kejar dalam masa office hour.

Kita akan terima sms (nombor yang kita bagi kepada penghantar, jadi pastikan nombor ini betul!), nombor tracking Poslaju, lokasi EziBox dan nombor pin.

Saya amat suka perkhidmatan ini. Tahniah Poslaju!

Nak cuba? Lepas ni bila Poslaju hantar barang, duduk dalam rumah diam-diam hahaha