Sekarang saya juga menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan.
Untuk memperbaharui insurans, saya perlukan beberapa maklumat penting. Cara mudahnya Whatsappkan ke 0172125700, gambar cover note insurans kereta yang sekarang, yang akan luput tu, dan juga gambar geran kereta, atau nama rasminya Perakuan Pendaftaran Kenderaan. Yang terbaru sekali, nama rasminya adalah Sijil Pemilikan Kenderaan. Email ke azraf_othman@yahoo.com pun boleh.
Maklumat yang tertulis hendaklah boleh dibaca dengan jelas.
Daripada dua gambar tadi, saya akan proses permohonan dan insyaa Allah anda akan dapat sebutharga dalam masa 24 jam (waktu berkerja).
Sekiranya anda bersetuju dengan sebutharga insurans, bolehlah anda buat pembayaran insurans, kadar cukai jalan dan caj pembaharuan cukai jalan.
Selepas urusan pembaharuan selesai, saya akan hantarkan kepada anda, dengan menggunakan kurier atau Poslaju sekiranya anda jauh.
Senangkan?