Mulanya motor jangka 2-3 hari baru siap, sekali hari ni dapat call, dah siap pun.
Keluar je dari bengkel, baru perasan, petrolnya dah nak habis. Lagi 200m nak sampai Petronas terdekat, betul-betul sebelum sampai roundabout, enjin motor mati. Berbekalkan momentum, motor saya berhenti di belakang lori yang diletakkan di tepi jalan, siap ada beberapa kon di kelilingnya.
Anak saya sempat berkata, ala.. kena jalan... kih kih kih. Biar dia merasai sedikit kesusahan sekali-sekala. Sebaik menyuruh anak saya turun dari motor, dan berjalan di kaki lima, datang dua orang pekerja yang sedang membuat kerja penyelenggaraan menghampiri kami berdua. Rupa-rupanya lori yang diletakkan di tepi jalan ni, lori mereka.
"Minyak habis ke? Kalau minyak, kami boleh tolong. Kalau masalah lain, minta maaf la," kata salah seorang daripada mereka. Daripada gaya percakapan, rasanya mungkin ketua atau penyelia mereka. Ada empat orang kesemuanya
"Ya. Saya ingat sempat la sampai ke Petronas," sambil saya menunjuk papan tanda Petronas yang sudah kelihatan di depan.
"Takpe, saya ada minyak spare. Lagipun jauh lagi Petronas tu.". Tanpa menolak, kerana memikirkan tak sampai hati pula tengok anak berjalan, saya hanya mampu ucapkan terima kasih.
Setelah mereka menuang hampir keseluruhan minyak spare mereka,
"Macam mana nak kira ni bang?" sambil menyeluk poket mencari dompet.
"Eh, tak payah la. Memang ada spare. Ni je yang kami boleh tolong. Lagipun jauh lagi kalau nak tolak motor tu."
Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih.
Hihi, Pengajaran hari ini,
1. Kalau tiba-tiba motor, kereta atau apa jua kenderaan anda tiba-tiba perlahan, cuba elak dengan berhati-hati, mana tau, petrol atau dieselnya sudah habis, walaupun pemandunya sudah dalam perjalanan untuk mengisinya.
2. Permudahkan la orang yang dalam kesusahan. Satu ketika nanti, kita pula yang akan didatangi cabaran.
3. Jangan pandang rendah kepada sesiapa pun, mana tau, orang itu satu hari nanti yang akan datang membantu kita.
myteamkit dot com
18 Februari 2016
17 Februari 2016
Cabaran Hari Ini, Menolak Motor
Ada la duit lebih sikit, nak tolak motor ke bengkel motor, nak repair sket-sket motor. Dah boleh hidupkan motor, boleh la guna untuk urusan yang bersesuaian.
Cabaran utama yang perlu dihadapi, tolak motor 2.4km dan cabaran kedua, cuaca panas sehari dua ni. Alhamdulillah, semalam hari agak redup. Jadi, tinggal nak tolak aje....
Baru tolak tak sampai 500m, ada seorang hamba Allah, tersenyum menawarkan diri untuk membantu menolak motor saya. Maksud saya, dia akan menunggang motorsikalnya, sambil menolak motorsikal saya dan saya, dengan kakinya. Sampai saja di depan bengkel, terus saja dia berlalu. Tak sempat nak belikan air sebotol. Alhamdulillah, semoga perjalanan hidupnya dipermudahkan Ilahi.
Di bengkel, jangka baikpulih 2 - 3 hari. Jadi, berjalan kaki sajalah balik ke rumah. Ala, 2.4km je pun dan takde apa yang dikejar.
Sambil berjalan, terasa berasa derasnya kereta-kereta dan lori-lori dipandu di jalan. Bila kita yang memandu, memang tak terasa. Ada kala, rasa macam rapat sungguh lori tu dengan kita. Takkan pemandunya tak perasan pejalan kaki :p.
Lagi 500m nak sampai rumah, hamba Allah yang sama tadi, berhenti di tepi jalan, menawarkan untuk menumpangkan saya pula. Walaupun telah menolak berkali-kali, akhirnya saya ikutkan juga, tak sedap pula, dia bersungguh nak tumpangkan.
Sampai di simpang tiga terakhir sebelum ke lorong rumah saya, tetiba bahagian belakang motornya bagaikan melayang atau lari ke kanan. Bila dipandang, rupanya, tayar belakangnya sama ada bocor, pecah atau pancit tiba-tiba.
Belum sempat saya nak cakap apa-apa, belum sempat untuk bagi sebotol air yang dibeliasalnya untuk anak di rumah, berdekatan bengkel motor tadi, dia terus menunggang motorsikalnya meninggalkan saya. Dari jauh saya nampak dia berusaha mengimbangi motorsikalnya, yang tayar belakangnya telah pancit. Hanya penunggang motorsikal yang pernah alaminya saja yang memahami keadaan ini.
Sekali lagi, semoga dia dimurahkan rezeki yang diberkati, dan dipermudahkan segala urusan.
Cabaran utama yang perlu dihadapi, tolak motor 2.4km dan cabaran kedua, cuaca panas sehari dua ni. Alhamdulillah, semalam hari agak redup. Jadi, tinggal nak tolak aje....
Baru tolak tak sampai 500m, ada seorang hamba Allah, tersenyum menawarkan diri untuk membantu menolak motor saya. Maksud saya, dia akan menunggang motorsikalnya, sambil menolak motorsikal saya dan saya, dengan kakinya. Sampai saja di depan bengkel, terus saja dia berlalu. Tak sempat nak belikan air sebotol. Alhamdulillah, semoga perjalanan hidupnya dipermudahkan Ilahi.
Di bengkel, jangka baikpulih 2 - 3 hari. Jadi, berjalan kaki sajalah balik ke rumah. Ala, 2.4km je pun dan takde apa yang dikejar.
Sambil berjalan, terasa berasa derasnya kereta-kereta dan lori-lori dipandu di jalan. Bila kita yang memandu, memang tak terasa. Ada kala, rasa macam rapat sungguh lori tu dengan kita. Takkan pemandunya tak perasan pejalan kaki :p.
Lagi 500m nak sampai rumah, hamba Allah yang sama tadi, berhenti di tepi jalan, menawarkan untuk menumpangkan saya pula. Walaupun telah menolak berkali-kali, akhirnya saya ikutkan juga, tak sedap pula, dia bersungguh nak tumpangkan.
Sampai di simpang tiga terakhir sebelum ke lorong rumah saya, tetiba bahagian belakang motornya bagaikan melayang atau lari ke kanan. Bila dipandang, rupanya, tayar belakangnya sama ada bocor, pecah atau pancit tiba-tiba.
Belum sempat saya nak cakap apa-apa, belum sempat untuk bagi sebotol air yang dibeli
Sekali lagi, semoga dia dimurahkan rezeki yang diberkati, dan dipermudahkan segala urusan.
[Mak Pesan...] Biar orang buat kat kita, kita jangan buat kat orang
Saja nak share pesan-pesan yang mak saya selalu sampaikan kat saya dan adik beradik. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama.
Mak saya selalu pesan, bila orang buat jahat atau perkara tak baik kepada kita, kita hendaklah bersabaratau setidak-tidaknya cuba bersabar :p. Seboleh-bolehnya jangan balas, walaupun selalunya susah untuk tak nak balas balik hahaha :p
Antara lawak yang mak selitkan ketika menyampaikan pesan ni, bila orang saja cari pasal, orang buat jahat, orang dengki dengan kita, sebut kuat depan dia, Auzubillahi Minashaitan Nirajeem.
Tapi kalau orang buat baik kat kita, cepat-cepatla ucap terima kasih, dan bila ada peluang, buat baik pula pada orang itu, dan juga pada orang lain.
p/s: Ayah pulak pesan, kalau orang kacau kita, atau usik kita, atau masa kecik-kecik dulu suka pukul kita.... pertama kali dia buat, sabar... kali kedua dia buat lagi, sabar... kali ketiga dia buat jugak, BALAS JE BALIK ;)
Mak saya selalu pesan, bila orang buat jahat atau perkara tak baik kepada kita, kita hendaklah bersabar
Tapi kalau orang buat baik kat kita, cepat-cepatla ucap terima kasih, dan bila ada peluang, buat baik pula pada orang itu, dan juga pada orang lain.
p/s: Ayah pulak pesan, kalau orang kacau kita, atau usik kita, atau masa kecik-kecik dulu suka pukul kita.... pertama kali dia buat, sabar... kali kedua dia buat lagi, sabar... kali ketiga dia buat jugak, BALAS JE BALIK ;)
11 Februari 2016
9 Februari 2016
Perkara-perkara Yang Perlu Ada Jika Ingin Berniaga Hujung Minggu
Sempena dua tahun saya berniaga di Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam, saya akan berkongsi beberapa perkara yang perlu ada jika anda juga ingin berniaga hujung minggu.
1. Tempat; Sebaiknya survey atau tinjau la dulu keadaan di tempat yang anda ingin mencuba nasib mencari rezeki.
2. Masa; Masa tidak bertindih dengan waktu kerja sekarang, dan tidak akan menjejaskan prestasi kerja atau menjejaskan masa bersama keluarga.
3. Barang jualan; Dapatkan kepastian dengan pengelola tempat jualan, sama ada barang yang anda ingin jual, dibenarkan atau tidak.
4. Tanda harga; Labelkan harga pada barangan untuk memudahkan pelanggan.
5. Poster atau banner; Pada peringkat awal, cukup dengan menggunakan kad dan marker pen, tetapi mestilah menarik.
6. Meja dan kerusi; Sekiranya tidak disediakan oleh pengelola, cuba cari meja dan kerusi yang boleh dilipat.
7. Troli; Sekiranya tidak disediakan oleh pengelola, lebih baik cuba cari troli supaya kerja-kerja pemunggahan dan penyimpanan dapat berjalan lancar.
8. Beg Plastik; Beg plastik yang akan digunakan untuk memasukkan barang jualan. Pastikan saiz bersesuaian dengan barang.
9. Flyers / Kad Nama / Kad Bisnes; Amat penting untuk menyebarkan maklumat perniagaan kita, walaupun secara part-time.
10. Buku rekod jualan dan alat-tulis; Buku rekod ini amat penting. Rekod semua jualan walaupun nilainya kecil.
11. Duit float dan duit kecil atau duit tukar; Sediakan duit kecil atau duit tukar, kerana kalau nasib tak baik, pelanggan mungkin tak jadi beli barang kita kerana kita takde duit tukar. Duit float ni pula adalah jumlah duit kecil atau duit tukar yang kita masukkan dalam bekas duit, sebelum mula berniaga. Jumlah duit float mesti direkod dalam buku rekod jualan.
Rasanya, itu saja. Kalau ada lagi, tolong ingatkan atau kongsikan pandangan anda di ruangan komen ;)
Selamat Berniaga!

5 Februari 2016
[Terima Daripada Perkongsian Whatsapp] Kisah Teladan Seorang Penjual Surat Khabar
Satu perkongsian:
SANG TELADAN ITU
SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR
==================
Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.
Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.
Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.
+ "Assalamu 'alaikum" ...
- “Waalaikum salam"
+ “Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
- “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- “Insya Allah adalah rezekinya.”
+ “Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
+ “Kenapa?”
- “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
- “Bererti rezeki saya berpuasa"
+ “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan" - katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan
Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia berpergian sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.
Aku termenung ... tanpa kusedari cermin mata ku menjadi gelap kerana bercucuran tangisku. Aku tersedar sendirian stlh ku renungi setiap kalimat tausiah yang diucapkan penjual surat khabar jalanan.
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khuatir tidak mendapat wang?, ... Risau rumahku akan terendam banjir?...Bimbang tidak dapatt hadir andai ada jemputan kenduri? .. Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? ...
Kembali baru ku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal sholeh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.
Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna darip
ada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga ...
MasyaAllah ....
Subhanallah ...
Allahu Akbar ....

Langgan:
Catatan (Atom)