Sempena dua tahun saya berniaga di Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam, saya akan berkongsi beberapa perkara yang perlu ada jika anda juga ingin berniaga hujung minggu.
1. Tempat; Sebaiknya survey atau tinjau la dulu keadaan di tempat yang anda ingin mencuba nasib mencari rezeki.
2. Masa; Masa tidak bertindih dengan waktu kerja sekarang, dan tidak akan menjejaskan prestasi kerja atau menjejaskan masa bersama keluarga.
3. Barang jualan; Dapatkan kepastian dengan pengelola tempat jualan, sama ada barang yang anda ingin jual, dibenarkan atau tidak.
4. Tanda harga; Labelkan harga pada barangan untuk memudahkan pelanggan.
5. Poster atau banner; Pada peringkat awal, cukup dengan menggunakan kad dan marker pen, tetapi mestilah menarik.
6. Meja dan kerusi; Sekiranya tidak disediakan oleh pengelola, cuba cari meja dan kerusi yang boleh dilipat.
7. Troli; Sekiranya tidak disediakan oleh pengelola, lebih baik cuba cari troli supaya kerja-kerja pemunggahan dan penyimpanan dapat berjalan lancar.
8. Beg Plastik; Beg plastik yang akan digunakan untuk memasukkan barang jualan. Pastikan saiz bersesuaian dengan barang.
9. Flyers / Kad Nama / Kad Bisnes; Amat penting untuk menyebarkan maklumat perniagaan kita, walaupun secara part-time.
10. Buku rekod jualan dan alat-tulis; Buku rekod ini amat penting. Rekod semua jualan walaupun nilainya kecil.
11. Duit float dan duit kecil atau duit tukar; Sediakan duit kecil atau duit tukar, kerana kalau nasib tak baik, pelanggan mungkin tak jadi beli barang kita kerana kita takde duit tukar. Duit float ni pula adalah jumlah duit kecil atau duit tukar yang kita masukkan dalam bekas duit, sebelum mula berniaga. Jumlah duit float mesti direkod dalam buku rekod jualan.
Rasanya, itu saja. Kalau ada lagi, tolong ingatkan atau kongsikan pandangan anda di ruangan komen ;)
Selamat Berniaga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan