Memang kebiasaan bagi saya, setiap kali apabila berpeluang, sebelum memandu jauh, akan memeriksa coolant radiator dan paras minyak enjin dan juga mengisi air untuk pencuci windscreen. Tetapi kali ini, entah macam mana, saya terlupa, atau saya tersalah pasang, penutup radiator.
Sebelum bertolak, sambil menyusun barang dalam kereta, saya akan menghidupkan enjin terlebih dahulu. Kononnya untuk memanaskan enjin, tapi sebenarnya, untuk menyejukkan bahagian dalam kereta. Baru la best! Kih kih kih.
Lainnya kali ini, ada satu bau yang tidak pernah saya hidu. Seolah-olah bau rempah kari yang dimasak. Seolah-olah, tidak sama, tapi ada lebih kurang macam bau rempah kari. Sangkaan saya, ada jiran yang sedang memasak.
Selepas bertolak, dalam lebih kurang 5km, ada satu bunyi kereta terkena batu, batu yang agak besar, berdasarkan dentuman yang terkena kepada kereta.
Kali ini juga, kelainannya, saya hanya memandu purata 90km/j. Sambil berbual, dan kerana di lorong kanan, terlalu ramai yang memandu laju. Jadi saya hanya memandu santai, di belakang lori dan kenderaan perlahan yang lain. Sekali-sekala berpeluang memotong kenderaan perlahan.
Selepas hampir 80km memandu, saya terpaksa memandu 110km/j kerana memotong lori, dan kenderaan belakang sudah tidak sabar-sabar untuk memotong kereta saya pula. Pada ketika inilah, tetiba tanda lampu isyarat enjin panas, yang berwarna merah, menyala. Dengan segera, saya memberhentikan kereta di tepi lebuhraya.
Sebaik berhenti, bau 'rempah kari' tidak terus menusuk hidung saya dan isteri. Terus saya terbayang, 'Alamak, penutup radiator!' Bonet kereta terasa sedikit melekit, apabila saya sentuh. Aduh, confirm penutup radiator. Bukan setakat seribu penyesalan, rasa macam berjuta-juta penyesalan, kerana
- Cuai la ni, kenapa tak double check, sebelum tutup semula bonet, selepas check radiator coolant.
- Tak round check bahagian depan kereta, apabila terbau bau rempah kari atau yang sebenarnya bau coolant tersejat.
Sedang menunggu bantuan di tepi lebuhraya. |
Setelah lampu 'hazard' dinyalakan, saya dan keluarga berdiri di seberang longkang. Dengan kelajuan kenderaan di highway, memang terasa derasnya jika berdiri di tepi highway.
Pada mulanya, saya cuba call PLUS WOW atau Workshop On Wheel. Cuba untuk beli coolant dan penutup, kalau boleh. Tapi nombor WOW sudah tidak digunakan.
Saya call pula PLUSline. Minta nombor PLUS WOW, tapi sebaliknya, pegawai yang menjawab mengatakan WOW akan call saya semula. Ok.
Lepas beberapa ketika, terima satu panggilan, katanya dari WOW, tapi nombor berdaftar di Johor, bermula dengan 07-.... Tanpa mengesyaki apa-apa, ceritakan segalanya, dan katanya, akan hantar bantuan.
Pada masa ini, ada sebuah Honda Jazz Putih, memotong bas ekspress di lorong kecemasan, dan men'cilok' semula ke laluan perlahan untuk mengelak kami. Seram sejuk tengok, walaupun tidaklah rapat mana pun dengan kereta kami.
Selepas beberapa minit, sebuah Proton Saga Iswara hitam berhenti di hadapan kereta kami. Turun seorang lelaki, dari gayanya, kami pasti dia berhenti untuk 'menolong', dengan memanggil kawan tow truck. Setelah mendengar cerita kami, dia mengisikan air yang ada tersimpan dalam keretanya. Habis dua botol 1.5l. Memang dah kering habis, masalah ni katanya.
Belum sempat habis ceritanya, di seberang sana highway, sebuah tow truck berhenti. Seorang lagi lelaki, memegang pamphlet WOW dan kad namanya, menyeberang highway. Selepas mendengar cerita kami, dia pula mengatakan, kereta kami agak bahaya untuk dipandu, mungkin boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih besar.
Kekeringan coolant, dan laluan berbukit sebelum sampai ke lokasi, boleh menyebabkan gasket dan bahagian dalam enjin rosak. Dia cadangkan tow ke bengkel, dan buat pemeriksaan. Kalau gasket terpaksa ditukar, kereta boleh disiapkan dalam 3 jam.
3 jam? Bisik hati saya, itu belum ditanya kos lagi.
Apabila enjin dihidupkan, Alhamdulillah tiada air 'melompat'. Kemudian lelaki 'tow truck' tadi menekan-nekan pedal minyak, meninggikan RPM enjin. Pun tiada air 'melompat'.
Sejurus selepas itu, lelaki Proton Saga tadi pula kata, ada hos yang telah bocor akibat kepanasan, sambil menunjukkan bahagian hos yang ada air menitik-nitik.
Nasib kami baik, Polis Bantuan PLUS pula tiba. Setelah polis pula dengar penerangan kami, dan lelaki tow truck, polis tersebut pun tanya, apa yang boleh mereka bantu.
Saya telefon pusat servis Perodua, Kemuning Express, yang memang menyelenggara Alza kami dari awal. Cuba minta pendapat, dan cuba tanya Pusat Servis Perodua yang SAH, yang paling dekat. Setelah diperiksa pada buku selenggara Perodua, yang ada dalam kereta, memang tiada yang berdekatan.
Polis Bantuan akhirnya mencadangkan, pandu perlahan, hingga ke Exit Sungkai, ada kedai alat ganti kereta, tidak jauh dari Exit Sungkai. Polis Bantuan akan iring dari belakang. Kami setuju!
Rupanya dalam 5km saja, exit Sungkai. Kami selamat sampai ke kedai alat ganti di bawah.
Kedai mencadangkan biar kereta dalam 30 minit, kemudian isikan coolant, dan beli penutup radiator yang baru. Jumlah bayaran, siap beli satu botol coolant extra, siap tambah bayaran minum petang sambil tunggu 30 minit, tidak sampai RM100.
Sepanjang perjalanan dari Sungkai ke rumah, memang mata saya sekejap-sekejap menjeling ke tanda isyarat enjin panas. Alhamdulillah, selamat sampai.
Pengajaran:
- Lepas check, pastikan, saya ulang PASTIKAN, semua penutup telah dipasang dengan betul. Hahaha...
- Kalau tidak ada yang dikejar, memandu santai, boleh mengurangkan kerosakan. Hahaha...
- Bau rempah kari, mungkin bau coolant kereta yang tersejat :p.
- Baca doa sebelum memulakan perjalanan. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan