myteamkit dot com
14 April 2016
20160414: Cabaran Berniaga: Menara Citibank
Selesai penghantaran barang yang ditempah pelanggan, saya dikejutkan apabila diberitahu pekerja Security, bayaran parking dalam loading bay di Menara Citibank adalah RM10 sekali masuk. Sekejap atau lama, bayaran tetap RM10.
Dalam keadaan percaya tak percaya, saya melangkah ke Mesin Auto-Pay, dan memang betul apa yang diberitahu, untuk tempoh 1 jam 12 minit saya meletak kenderaan di loading bay, saya terpaksa membayar RM10. Ini kali pertama saya terpaksa bayar untuk meletak kenderaan d loading bay. Setakat ini, saya baru masuk ke loading bay MidValley, Setia City Mall dan Tropicana City Mall, mungkin disebabkan perbezaan menara pejabat dengan kompleks beli belah, menara pejabat mengenakan bayaran yang agak tinggi untuk sekali masuk.
Setakat yang saya nampak, kesemua van, lori kecil yang keluar masuk bersilih ganti untuk tempoh yang agak sama dengan saya. Kebanyakan van dan lori kecil ini tidak boleh masuk ke basement parking biasa, memang terpaksa masuk ke loading bay.
Mahu tak mahu, bayar sajalah. Sebelum masuk, tak nampak tanda harga. Tak bayar, tak boleh keluar.
Kebiasaan, bila pelanggan tempah barang pada kuantiti tinggi, harga yang rendah atau diskaun yang tinggi adalah permintaan paling utama. Apabila kuantiti tinggi, kenderaan biasa (walaupun memandu MPV kecil seperti Alza) sudah tidak boleh dimuatkan barangannya. Terpaksa sewa van atau yang lebih besar. Masuk loading bay pula, kena lagi RM10. Bayangkan kalau ada 10 tempat yang saya perlu hantar dalam satu hari, kesemuanya kenakan harga macam ni.
Jadi, sekiranya anda menerima tempahan, dan barangnya perlu dihantar ke Menara Citibank, letakkan RM10 Caj Parking Loading Bay dalam senarai sebut harga anda hahaha.
Kesimpulan: Sebelum bagi sebutharga, kena selidik habis-habisan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan